Pages

Friday, July 1, 2011

KONSEP DAN LATAR BELAKANG DEMOKRASI.

assalamualaikum... sambungan yang assignment kiteorang ... maybe sedikit sebanyak info ni boleh membantu anda...

Demokrasi ialah merupakan satu bentuk kerajaan yang dimana kuasa untuk menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi ini juga rakyat diberikan kuasa membuat pilihan untuk menentukan pemerintahan ataupun kerajaan. Dalam erti kata lain demokrasi merupakan suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan. Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu Demos dan Kratos. Perkataan Demos merujuk kepada golongan rakyat manakala kratos pula bermaksud pemerintahan. Dalam erti kata lain demokrasi boleh diertikan sebagai pemerintahan rakyat. Dalam sesebuah negara demokrasi kebebasan yang diberi boleh dirumuskan kepada empat jenis, iaitu kebebasan bercakap dan berakhbar, kebebasan berhimpun, kebebasan persatuan, kebebasan pembebasan, menangkap dan memenjara.
Definisi demokrasi juga dapat dibahagi kepada dua kategori. Yang pertama ialah kebanyakan elemen teori demokrasi bercorak tradisional. Misalnya kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan adalah sekumpulan orang seorang wakil yang dipilih dari pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa yang tertentu berdasarkan kepada kehendak rakyat. Kedua, kebanyakan elemen memaparkan corak- corak yang sebenarnya tentang proses demokrasi. Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Yunani Purbakala seperti Athens dan Sparta iaitu sekitar abad ke-4 M. dan telah dikembangkan pula oleh beberapa orang cendekiawan Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles. Menurut Plato demokrasi merupakan suatu bentuk kerajaan yang lemah dan masyarakatnya tidak sempurna. Pada abad ke-15 demokrasi dihidupkan semula oleh Niccolo M achiavelli dan golongan republican di Itali. Aristotle sendiri berpendapat bahwa ”demokrasi” adalah bentuk pemerintahan yang tidak begitu bernilai dan ”demokrasi” memainkan peranan yang relatif kecil dalam pemikiran politik pada masa itu.


Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat berikut :
• Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
• Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil.
• Rakyat diberi hak mengundi
• Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
• Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain seperti media elektronik.
• Kebebasan berpersatuan
• Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang- undang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang- Undang Rule of Law
• Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik .

Dalam menjayakan pemerintahan demokrasi terdapat dua syarat utama yang perlu dipatuhi iaitu persamaan politik dan kebebasan politik. Persamaan politik bermaksud memberi persamaan peluang kepada setiap individu untuk penglibatan yang sama dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu sama ada kaya mahupun miskin. Penglibatan orang ramai dalam sistem pemerintahan demokrasi adalah merupakan hak semula jadi mereka dalam hubungan dengan orang ramai.namun kebanyakkan sistem pentadbiran demokrasi banyak dikuasai oleh golongan minoriti iaitu golongan bangsawan dan kelas atasan sebagai pemimpin kelas atasan. Persamaan politik pula bermaksud tanggungjawab. Jadi demokrasi bertujuan untuk menjadikan individu mempunyai sikap mengawal diri. Rasa tanggungjawab amat penting kerana dapat mengawal individu dari menyalahguna kuasa yang diberikan oleh rakyat. Ahli falsafah terkenal, Plato mengatakan bahawa memilih apa yang disukai adalah menarik tetapi ia akan berakhir. Manusia dalah bebas dan berbeza antara satu sama lain, dan mereka patut diberi fungsi mengikut kecenderungan mereka. Kebebasan merupakan sesuatu elemen penting dalam demokrasi namun tidak bermaksud mereka boleh menggunakan sewenang-wenangnya kebebasan yang diberikan. Dalam demokrasi terdapat dua konsep pertimbangan iaitu. Pertama, individu adalah bebas dari pengadilan pemerintahan. kedua, individu mempunyai hak menyuarakan dan mengawal kerajaannya sendiri. Rakyat berhak mengkritik sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin dalam kerajannya di negaranya.
Selain itu, kebebasan mengundi dan bersuara juga merupakan elemen penting dalam demokrasi, hal ini demikian kerana di Malaysia setiap rakyat yang mencapai umur yang ditetapkan diberikan hak untuk mengundi. Rakyat berhak memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin dengan pemikiran dan pertimbangan yang waras. Namun tidak diperlukan sebarang peperiksaan dan ujian untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin di dalam strukur pentadbiran negara. Manakala pada zaman kerajaan Athen dahulu juga, rakyat memang terlibat dengan pentadbiran dengan memilih kerajaan yang akan diangkat menjadi pentadbir. Hak mengundi semakin berkembang dengan pesat selepas abad ke-19 dan ke-20 namun masih ada segelintir yang merasakan bahawa mengundi tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ini menyebabkan peratusan pengundian semakin berkurang dan jumlah undi yang diterima hanyalah sedikit dari rakyat dan memudahkan untuk suatu pihak mengeksploitasikan minda pengundi. Namun begitu, masih terdapat kes di sesetengah negara maju demokratik yang tidak membenarkan sesetengah kumpulan rakyat untuk tidak mengundi seperti kumpulan kanak-kanak di bawah umur, orang-orang asing, penjenayah yang dijatuhkan hukuman, dan orang-orang yang tidak waras.
Namun terdapat juga syarat yang paling minimum untuk seseorang individu itu dapat mengundi seperti berumur 21 tahun ke atas, warganegara, telah mendaftar untuk mengundi dan juga telah bermastautin di daerah ataupun negeri di dalam negara yang dipilih untuk menjadi pengundi. Pada sewaktu dahulu, golongan wanita tidak dibenarkan mengundi. New Zealand merupakan negar pertama yang membenarkan wanita turun membuang undi iaitu pada tahun 1893 dan ini semakin berkembang dan menjadikan kini terdapat lebih 80 buah negara di serata dunia yang membenarkan wanita turun membuang undi di hari pengundian. Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri dari pelbagai latar belakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar seandainya terdapat perselisihan dalam masyarakat yang majmuk ini dan tentunya akan lahir golongan yang akan suka menimbulkan masalah dan berhasrat untuk meruntuhkan sistem demokrasi dalam negara. Justeru, menjadi suatu kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian seandainya terdapat perselisihan faham diantara golongan yang berbeza demi menjayakan sistem demokrasi di sesebuah negara.
Jika terdapat perbezaan dari segi agama, bangsa dan nilai-nilai yang diterima umum maka wujudlah faktor-faktor pemaksaan dan pemerasan. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Rakyat berhak menentang kerajaan seandainya kerajaan telah menyeleweng dari dasar kepada rakyat dan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Seandainya pemerintahan itu tidak mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan, maka rakyat berhak menolak kerajaan tersebut dari tampuk pemerintahan negara dengan menggunakan saluran yang betul iaitu pilihanraya yang akan diadakan pada masa yang akan datang.
Dengan itu corak pemerintahan kerajaan sentiasa menjadi berwibawa untuk melaksanakan agenda untuk rakyat. Sistem demokrasi akan lebih berjaya seandainya pengagihan harta dan kekayaan itu meliputi keseluruhan masyarakat. Ini bermakna dalam sesebuah negara itu, tidak akan ada situasi di mana orang yang kaya akan terus kaya manakala orang yang miskin tetap akan terus miskin tanpa sebarang pembelaan. Demokrasi juga tidak akan berjaya diamalkan dengan lancar seandainya kebebasan untuk memiliki harta persendirian disekat. John Locke ada mengatakan “the great and chief end of men’s uniting into common wealths and putting themselves under government in the preservation of their property”. Menurut teori ini, kerajaan haruslah membenarkan dan memberi hak kepada rakyat untuk menyimpan dan mengumpul harta. Mempunyai harta kekayaan bukanlah hanya bertujuan untuk ekonomi semata-mata tetapi banyak lagi faedah-faedah psikologi yang lain. Untuk tujuan ini, kerajaan haruslah mengawal hak rakyat untuk mempunyai harta benda dan kekayaan.


klo ada salah dan silap tentang info ni... harap maaf.. yang baik datangnya dari Tuhan, yang buruk datangnya dari saya sendiri~
wallahuwahlam..

No comments:

Post a Comment