Pages

Wednesday, June 29, 2011

MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN DEMOKRASI?

ASSALAMUALAIKUM...^^
ini cuma pandangan dari pelajar yang baru belajar menjadi lebih matang.. tajuk ni sebenarnya tajuk assigment kitaorang bertiga (NURHAFIZAH JEHAT JUMAT, SALFAIZAH ISMAIL DAN SAYA SENDIRI),5000 patah perkataan, memang nak patah jari ni menaip. tak siapa yang betul kat dunia ni.. memang lumrah dunia, orang akan cakap diri sendiri lagi betul apa yang dia cakap. lantak la dia nak cakap apa.hehee~ yang penting kitaorang da wat assignment ni sehabis baik mungkin lah.. terima kasih kepada kengkawan aq yang 2 orang tu... diorang pun bertungkus lumus juga tolong..iya la, kan ini keje berkumpulan.. pa pun, klo yang membaca ni nak komen pa2..sila kan.. peace no war...


apa itu politik???

“Politik” wujud sejak permulaan hidup manusia. Perkataan “politik” diambil dari istilah Yunani Polis yang bermaksud bandar. Apa itu politik? Definisi politik sangat variatif, Ada yang menganggapnya sebagai positif dan ada juga yang menganggapnya sebagai negatif. Politik didefinisikan sebagai penggunaan kuasa, satu proses dimana keputusan akan dibuat secara kolektif, suatu alokasi sumberdaya yang langkah (the allocation of scarce resources), atau sebagai arena pertarungan kepentingan yang penuh muslihat (Heywood, 2004:52).” The science dealing with a form, organization and administration of a state or part of one, and with the regulation of its relations with other states”(Oxford English Dictionary). Dalam erti kata lain ialah pengorganisasian kehidupan manusia dalam masyarakat; institusi untuk mengurus, meregulasi dan mengawal tingkahlaku manusia, menurut Aristotle (384-322 SM),” manusia itu secara semulajadi merupakan”haiwan politik dan sosial”. Sudah menjadi sifat semulajadi manusia yang cenderung hidup berkelompok. Akan tetapi, manusia juga memiliki sifat-sifat negatif dan kurang membina seperti tamak, agresif, berbalah sesame sendiri, pentingkan diri dan sebagainya. Akibatnya timbullah ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
Semua jenis perhubungan dan kegiatan manusia dalam masyarakat adalah bersifat politikal.berbicara tentang ilmu politik banyak perkara yang boleh dikaitkan antaranya adalah ilmu mengenai satu kaedah penyelesaian masalah,persengketaan, atau perbalahan yang timbul dalam perhubungan manusia secara berkompromi, tolak-ansur, aman dan berkesan(Ramanathan, 2003:2). Bagi Aristotle, ilmu politik merupakan ilmu untuk mencapai”kehidupan yang baik” dan “kebaikan yang tertinggi”. Seperti yang kita ketahui, politik wujud dalam kehidupan harian seperti membayar cukai, menunjuk perasaan, dan sebagainya. Walaupun kebiasaannya, perkataan politik sering digunakan bagi merujuk kepada kerajaan. Akan tetapi, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama dan institusi lain.
Definisi politik boleh dilihat melalui dua aspek: terdapat beberapa definisi umum yang boleh dilihat disini antaranya semua proses membuat keputusan yang melibatkan orang ramai serta melibatkan tindakan bersama. Persaingan akan menentukan “siapa dapat apa,bila dan bagaimana serta berapa dan mengapa”(lasswell,1978) atau segala kegiatan manusia yang melibatkan pengagihan barangan atau nilai yang terhad dalam masyarakat seperti kuasa, kemahira, ilmu, kekayaan, keadilan, kebebasan, kebenaran, penghormatan. kalau skopnya dikecilkan, definisi politik merangkumi semua kegiatan,institusi dan proses menguruskan pentadbiran unit politik seperti Negara. Sebagai contoh, kuasa,kerajaan dan institusi yang berhubung dengan pemerintahan, idea-idea politik serta peranan pihak berkuasa,individu,kumpulan, masyarakat dalam proses politik maka proses pengagihan nilai-nilai terhad dalam masyarakat oleh pihak berkuasa.
Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup. Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.
Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ). Menurut V.G. Childe, beliau menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification (dominance hierarchy)) ,jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyer), percukaian serta penulisan. Keempat-empatnya memerlukan kawasan penduduk yang padat.
Jadi, apa yang dapat disimpulkan disini ialah istilah politik membawa pelbagai makna atau subjek kerana keluasan bidang politik yang telah diterokai.



ini baru pengenalan yang kitaorang wat ari tu.. memang sudy hard la cari maklumat sana sini... akan bersambung lagi...
sekali lagi, klo nak komen , dipersilakan....
peace no war...
wasalam..

No comments:

Post a Comment